Isnin, Januari 04, 2010

Unit ICT Pemuda UMNO Pasir Mas

Sebuah unit baru bakal ditubuhkan di bawah Pusat Khidmat Pemuda UMNO Pasir Mas iaitu UNIT ICT. Diilhamkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Saudara Najib Rashdan Abdul Rahman, unit ini bakal menjadi pemangkin dalam merancakkan perkembangan ICT di kalangan masyarakat Pasir Mas khususnya. Motif utama Unit ICT ini ditubuhkan adalah berdasarkan keperluan semasa di mana perkembangan ICT negara kini semakin pesat membangun dan masyarakat sekeliling perlu mengambil peluang yang tersedia supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan teknologi maklumat.

Dengan wujudnya unit tersebut, pelbagai program yang berkaitan dengan teknologi maklumat bakal direncanakan sepanjang tahun bagi memenuhi tuntutan dalam bidang berkaitan. Pada tahun 2009 sendiri, masyarakat telah disajikan dengan pelbagai program-program yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka. Antara program yang berkaitan dengan ICT adalah Kursus Latihan dan Penempatan bagi belia-belia Pasir Mas yang telah berlangsung dari 7 September 2009 hingga 7 Disember 2009. Dalam kursus tersebut, terdapat 3 bidang yang dikhususkan iaitu Kursus Asas Kemahiran Komputer, Kursus Pembuatan dan Kursus Mekanikal.

Bagi pembuka tirai 2010 pula, satu kursus telah dijalankan bagi memantapkan pengurusan di kalangan ahli jawatankuasa peringkat bahagian UMNO Pasir Mas iaitu Kursus Pengurusan E-Media yang dijalankan di premis perniagaan Electrocomp Technology, Pasir Mas. Modul yang diajar adalah seperti pengurusan Yahoo Mail, Gmail, Pengurusan Akaun Facebook, Myspace dan penggunaan Yahoo Mesengger dan Skype. Para peserta yang terdiri daripada AJK 4 Bahagian iaitu Ajk bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO juga diajar cara membina blog sendiri yang mana blog-blog ini akan digunapakai dalam mengatur strategi memenangi Pilihanraya yang akan datang. Kursus tersebut telah dijalankan pada 2 Januari 2010 dan 9 Januari 2010.

Pelbagai program serta kursus bakal disajikan kepada seluruh warga Pasir Mas khususnya selaras dengan tertubuhnya Unit ICT ini. Diharapkan agar usaha UMNO Bahagian Pasir Mas ini bakal dibalas dengan mandat dan kepercayaan daripada seluruh warga Pasir Mas.

Salam Satu Malaysia

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan