Jumaat, Januari 29, 2010

Perhimpunan Agung Umno Pada 28 Hingga 30 Oktober

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO menetapkan 28 hingga 30 Okt depan sebagai tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2010, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya mesyuarat peringkat cawangan akan diadakan antara 1 Mei hingga 15 ini Jun manakala mesyuarat perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan berlangsung dari 16 Jun hingga 16 Julai ini.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata Jawatankuasa Pengurusan dan Pejabat UMNO akan mengemaskinikan keanggotaan parti untuk mengetahui senarai sebenar keanggotaan parti pada masa ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT pertama tahun ini di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, setiap pimpinan peringkat perlu mengambil berat mengenai kemasukan anggota baru supaya ianya dipermudahkan dan berusaha secara berterusan menambah bilangan anggota baru.

"Kemaskini senarai keahlian di peringkat bahagian dijadual selesai pada 10 Mac dan senarai keahlian dipamerkan pihak bahagian selama 21 hari antara 15 Mac hingga 5 April.

"Pada 6 April hingga 15 April pula adalah tarikh penghantaran senarai keahlian ke ibu pejabat UMNO," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata program Juara Rakyat yang dilancarkan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada 9 Jan lalu, akan diperluaskan dengan program susulan diadakan di Kedah dari 5 hingga 7 Feb ini.

Katanya program susulan itu dilancarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain menetapkan tarikh, mesyuarat MT juga mengambil maklum mengenai beberapa inisiatif kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan cadangan untuk memperkenalkan Model Ekonomi Baru, jelasnya.

"MT telah memberi beberapa input kepada program kerajaan itu untuk dipertimbangkan," katanya.

Penahanan 10 Individu ISA Demi Kepentingan Negara - PM

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penahanan 10 individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pengganas dibuat demi kepentingan negara dan tanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa.

Najib berkata tindakan itu dibuat mengikut undang-undang negara dan merupakan langkah pencegahan sebelum berlaku sebarang insiden keganasan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Kita telah menyatakan dengan jelas bahawa dalam soal menjaga keselamatan dan memerangi sebarang bentuk keganasan, kita akan mengambil sikap tegas, bermaksud proaktif dan langkah ini (penahanan ISA) merupakan langkah pencegahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan penahanan 10 individu mengikut ISA Khamis lepas kerana didakwa mempunyai kaitan dengan warga Nigeria yang didakwa cuba meletupkan pesawat di Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan bahawa penahanan individu-individu terbabit tidak bermakna Malaysia menjadi sarang pengganas atau negara operasi mereka.

Sebaliknya dakwaan sebagai sarang pengganas timbul hanya disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perjalanan bebas kepada orang luar, katanya.

"Jadi banyak yang keluar masuk dalam negara tetapi tidak bererti kita menjadi sarang pengganas. Tetapi kita akan pastikan walaupun mereka buat lawatan singkat atau melalui negara kita, menuju ke negara ketiga, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Najib berkata sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab kepada masyarakat, Malaysia akan tetap memainkan peranan bagi memastikan tiada insiden keganasan berlaku.

"Kalau berlaku dalam negara sudah tentu memberi kesan amat buruk pada imej negara selain mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dan harta. Kalau tidak berlaku dalam negara, kita akan dituduh sebagai negara transit pengganas dan ini juga akan merosakkan imej kita.

"Jadi dalam apa juga hal, demi kepentingan negara dan sebagai negara yang bertanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa, kita tetap akan memainkan peranan sebagai negara yang sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab," katanya.

Sebaliknya dakwaan sebagai sarang pengganas timbul hanya disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perjalanan bebas kepada orang luar, katanya.

"Jadi banyak yang keluar masuk dalam negara tetapi tidak bererti kita menjadi sarang pengganas. Tetapi kita akan pastikan walaupun mereka buat lawatan singkat atau melalui negara kita, menuju ke negara ketiga, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Najib berkata sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab kepada masyarakat, Malaysia akan tetap memainkan peranan bagi memastikan tiada insiden keganasan berlaku.

"Kalau berlaku dalam negara sudah tentu memberi kesan amat buruk pada imej negara selain mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dan harta. Kalau tidak berlaku dalam negara, kita akan dituduh sebagai negara transit pengganas dan ini juga akan merosakkan imej kita.

"Jadi dalam apa juga hal, demi kepentingan negara dan sebagai negara yang bertanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa, kita tetap akan memainkan peranan sebagai negara yang sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab," katanya.

Mengulas dakwaan pembangkang bahawa Umno menjadi dalang beberapa insiden membabitkan rumah ibadat, Najib berkata perkara itu adalah kaedah biasa dilakukan pembangkang.

"Belum ada apa-apa bukti, tuduh Umno. Modus operandi mereka (pembangkang) yang pertama mesti tuduh Umno," katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

Azmin, yang mendakwa mereka terlibat terdiri daripada ahli dan anggota Pemuda Umno, berkata beliau akan mendedahkan mereka yang terlibat dalam kes serangan itu dalam masa terdekat.

Selain Azmin, beberapa anggota pembangkang lain turut menuding jari kepada Umno dalam insiden penemuan dua bungkusan mengandungi kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 di pintu masuk belakang ke pekarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke pekarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa, dua hari lepas.

Selasa, Januari 26, 2010

Azan dipelawa sertai UMNO

KUANTAN 25 Jan. - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dipelawa menyertai UMNO dan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang gagal memperjuangkan nasib rakyat.

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Ismail Abdul Mutalib berkata, Azan seharusnya memikirkan jalan terbaik dalam memperjuangkan matlamat politiknya dan PKR tidak lagi relevan bagi dirinya.

"Saya dan Azan merupakan sahabat baik ketika kami sama-sama dalam pertubuhan belia satu ketika dahulu.

"Saya lihat dia memang seorang yang sayangkan kerajaan tetapi disebabkan sedikit salah faham dia berubah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran memberitahu, beliau memahami Azan kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam PKR atau kembali menyokong kerajaan.

"Saya tahu dia kecewa dengan kepimpinan PKR negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengutuk kerajaan.

"Dia tidak boleh menafikan kebaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana BN memerintah untuk rakyat. Dulu dia pun dihasilkan daripada kerajaan BN.

"Saya harap dia dapat memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam UMNO," katanya.

Azan, 44, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri dan Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri berkuat kuasa semalam.

Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Lagi krisis dalaman PKR

KUANTAN 25 Jan. - Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akhirnya terbongkar apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri berkuat kuasa semalam.

Azan, 44, juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri.

Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Azan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri yang tidak mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.

Sebaliknya dakwa beliau, urus tadbir parti tersebut dijalankan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.

''Saya telah memaklumkan hasrat ini pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali Cameron Highlands," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, Azan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti sebanyak 1,027 undi.

Mengulas lanjut peletakan jawatannya itu, Azan memberitahu, beliau telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri terutama berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, teguran itu tidak diambil peduli oleh kepimpinan atasan negeri tersebut.

''Saya dilihat antara ahli parti yang banyak menegur kerajaan negeri dan Pusat terutama berkaitan laporan audit tetapi apabila dalam parti ada elemen-elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," jelasnya.

Berikutan peletakan dua jawatannya itu, Azan menafikan akan keluar daripada PKR dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa ada dalang yang mendesak dirinya supaya meletakkan jawatan.

Isnin, Januari 25, 2010

Kesal ramai ahli UMNO tidak daftar pemilih

BERA 24 Jan. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal kerana masih ramai ahli UMNO yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, salah satu punca kegagalan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu kerana ahli-ahli UMNO sendiri tidak mengundi walaupun layak sebagai pemilih.

"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menentukan kemenangan parti kita.

''Walaupun kita gah dengan bilangan ahli yang ramai tetapi kita sendiri yang tidak menyokong calon parti kerana tidak boleh mengundi walaupun layak dari segi umur," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan dan Taklimat Pendaftaran Pemilih, Pendaftaran Pengundi Baru dan Pemutihan Keahlian UMNO Peringkat Parlimen Bera di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta ahli jawatankuasa parti peringkat bahagian dan cawangan bertindak proaktif mendaftarkan ahli-ahli parti yang layak sebagai pemilih SPR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mustapa Minta Ketepikan Sentimen Politik Dalam Rundingan Wang Ihsan

KOTA BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.

"Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari Ahad.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.

Mustapa berkata pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.

Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu memunjukan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini, katanya.

UMNO Kelantan Tidak Ambil Kesempatan Kemelut PAS

BACHOK, 24 Jan (Bernama) -- UMNO Kelantan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelbagai kemelut yang sedang dihadapi pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menilai sendiri kesan buruk baiknya kepada mereka pada masa akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata isu pelantikan menantu menteri besar dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK), bazar to guru dan cah keting meletakkan pentadbiran kerajaan negeri semakin bercelaru.

"Kita tidak mahu dituduh yang bukan-bukan malah sekarang ini pun telah ada tomahan kononnya ia berpunca daripada angkara Umno walaupun kita tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa UMNO Kelantan tidak mahu mengambil kesempatan terhadap isu-isu itu yang dianggap oleh sesetengah pihak satu peluang terbaik untuk melemahkan PAS bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Malah kata sesetengah pihak UMNO sengaja memberi peluang kepada PAS menyerangnya dengan isu royalti minyak dengan merentang kain pemidang dan majlis ceramah di setiap jajahan di Kelantan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata isu bayaran pampasan sebanyak RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti mana yang diputuskan mahkamah menyebabkan kedudukan kerajaan negeri semakin tertekan dan kehilangan punca.

Katanya rakyat kini mula mempersoalkan kewibawaan pimpinan PAS yang selama ini mendakwa mereka lebih cekap pentadbir, telus dan tanpa kroni.

"Apa yang dibuat oleh UMNO sekarang dan akan datang akan terus berusaha mengubah keadaan itu agar Kelantan mencapai kemajuan yang seimbang sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat negeri lain," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Beliau berkata bagi merealisasikan hakikat itu rakyat Kelantan tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu.

Khalid Tidak Percaya Wujud Konspirasi Dalaman Jatuhkan Beliau

KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak percaya dengan dakwaan bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terlibat dalam konspirasi dalaman parti untuk melemahkan kepimpinannya di negeri itu.

Malah, beliau berkata peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor itu yang dipimpinnya baru-baru ini juga tidak ada hubung kait dengan Azmin.

"Ini semua cerita dongeng....saya baru menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Selangor semalam dan mereka yang hadir memberikan sokongan padu memantapkan lagi perjalanan dan pentadbiran PKR di Kuala Selangor," kata Khalid.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bayaran Fasa Kedua Skim Mesra Usia Emas Dewan Undangan Negeri Ijok di Taman Desa Coalfields di Sungai Buloh dekat sini.

Khalid mengulas kenyataan bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, bahawa PKR cabang Kuala Selangor dianggap "lumpuh" sekarang adalah sebahagian perancangan Azmin yang mahu menjatuhkan Khalid bagi mencerahkan peluangnya bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti tahun ini.

Ahad, Januari 24, 2010

Rumah Kelantan Di KL Dijual Tampung Kos Pengurusan

KOTA BAHARU, 22 Jan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS pada hari Jumaat didakwa telah menjual beberapa aset kerajaan negeri termasuk sebuah rumah penginapan rasmi di Kuala Lumpur untuk menampung pengurusan kewangan negeri.

Ketua Umno bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa bahawa Rumah Kelantan yang terletak atas sebidang tanah kurnia di Jalan Conlay, telah dijual kepada seorang pengusaha tempatan.

Beliau, yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri melahirkan rasa kesal dengan penjualan rumah tersebut yang dahulunya digunakan sebagai penginapan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, urusan jual beli aset berkenaan dibuat oleh seorang Exco kerajaan.

"Ini antara beberapa bidang tanah dan harta rakyat yang dijual oleh kerajaan Pas Kelantan sejak parti itu memerintah hampir 20 tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Program Kumpulan Tindakan Sivik (Kumtis) dan 1Malaysia Peringkat Kota Baharu di sini.

Sebelum ini Umno Kelantan mendedahkan tanah bengkel Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang terletak di Kampung Putih, Jalan Kuala Krai di sini dijual kepada individu tertentu untuk dibangunkan kondominum mewah.

Mohd Fatmi mendakwa tanah kerajaan di Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah juga telah dijual kepada sebuah syarikat tempatan yang mengakibatkan berpuluh-puluh keluarga hilang tempat tinggal.

Kerajaan negeri juga melalui MPKB menjual tanah bersebelahan stesen bas bandar kepada sebuah syarikat yang kini dibina dengan pasar raya dan apartmen mewah.

"Tetapi kerajaan negeri tidak menyediakan rumah kepada golongan miskin di bawah program rumah kesejahteraan rakyat sebagaimana dilakukan oleh kerajaan pusat," katanya.

Menurut Mohd Fatmi kegagalan kerajaan negeri menyediakan rumah kepada golongan itu menyebabkan sebahagian besar penghuni kota tinggal di kawasan tanah sewa milik individu.

"Inilah kegagalan kerajaan negeri berusaha membantu menangani masalah tempat tinggal kepada penduduk bandar yang sebahagian besar peniaga gerai makan yang berpendapatan rendah," katanya.

Wakil Kerajaan Kelantan Dilantik Duduki Jawatankuasa Wang Ihsan

BACHOK, 23 Jan Beberapa wakil kerajaan Kelantan akan dlantik untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan yang akan ditubuhkan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata wakil itu boleh turut berbincang dan memberi pandangan tentang apa yang perlu dibuat dengan wang yang akan disalurkan oleh kerajaan pusat itu.

"Kerajaan akan berunding dengan Petronas tentang jumlah wang ihsan yang akan diterima oleh Kelantan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran program kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Keting di sini, pada Sabtu.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan menjangkakan jumlah sebenar wang itu akan dapat diketahui pada Mac depan.

Beliau berkata pelantikan itu menunjukkan kerajaan pusat ikhlas dan tiada agenda yang tersembunyi di sebalik pemberian wang itu dengan tujuan untuk membangunkan Kelantan dan membantu rakyatnya yang miskin.

Katanya antara program yang akan dijalankan termasuk mengadakan projek kecemerlangan pelajar tanpa mengira fahaman politik.

"Kita bimbang jika wang itu disalurkan kepada kerajaan negeri hanya penyokong PAS yang dapat faedah sebagaimana yang pernah berlaku terhadap projek-projek yang dilaksanakannya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata sebaliknya menerusi JPP, pelaksanaannya dijamin bebas daripada pengaruh politik kerana jabatan itu tidak memihak kepada mana-mana parti.

Awang Adek berharap PAS tidak mempolitikkan isu itu dan apa yang perlu diutamakan ialah rakyat Kelantan yang mendapat faedah.

Umno Terengganu Sepakat Sokong Jayakan Program Juara Rakyat

KUALA TERENGGANU, 22 Jan Umno Terengganu mencapai kata sepakat menyokong untuk menjayakan program Juara Rakyat dalam usaha parti mendekati hati rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin Umno negeri sebelum ini, namun keputusan yang dicapai secara konsesus itu akan memastikan setiap pemimpin memegang dan memikul tanggungjawab masing-masing berdasarkan keputusan yang dicapai.

"Ini menjadi satu tekad dan persetujuan bersama dan saya akan pastikan semua pegang dan pikul tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara konsesus semalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri di Dewan Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Hishammuddin berkata relevannya sesebuah parti tidak berkisar hanya kepada seseorang invididu semata-mata, bahkan ia lebih menjurus kepada agenda yang disusun untuk manfaat rakyat.

"Jadi yang penting sekarang, semua pemimpin khususnya di Terengganu ini melihat kepada agenda yang lebih besar. Itu yang akan dinilai oleh pimpinan dalam mengetengahkan barisan dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.

Menteri Dalam Negeri itu juga menekankan kepentingan program Juara Rakyat dihayati pimpinan untuk dirasai oleh semua rakyat selain memastikan matlamatnya sampai ke kumpulan sasaran.

Beliau berkata walaupun idea mengenai Juara Rakyat ini datangnya dari pusat, tetapi ia perlu diterjemah dan disesuaikan mengikut suasana serta tempat masing-masing.

"Hari ini program ini dibuat di Kuala Nerus dan saya tengok sambutan amat membanggakan dan ia adalah satu permulaan dalam usaha untuk menyemarakkan semangat perjuangan dalam Umno dan Barisan Nasional," kata Hishammuddin.

Beliau berkata bagi Umno Terengganu, pelbagai program Juara Rakyat dirancang yang akan turut melibatkan penyertaan dari Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program Juara Rakyat dilancarkan Perdana Menteri pada 9 Jan lepas di Rawang, Selangor adalah sebagai tanda Umno menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Semalam Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu di Bangunan Umno negeri.

SPR Kaji Perkenal Sistem Pengundian Awal

KUALA LUMPUR, 24 Jan Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Wan Ahmad berkata mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.

Wan Ahmad berkata beliau dan beberapa pegawai SPR telah melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lepas bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

"Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem itu dengan cukup baik," katanya.

Beliau berkata SPR akan mengemukakan cadangan mengenai sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya.

Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya SPR juga kini serius memikirkan kaedah untuk melaksanakannya.

"Kita juga akan cuba mengesyorkan kemasukan kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti golongan wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari," katanya.

Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.

Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftar mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan.

Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, kesemua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin.

Wan Ahmad berkata SPR sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.

Walaupun SPR kini menetapkan bahawa kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata budaya politik yang diamalkan di negara ini disifatkan sebagai tidak menghormati peraturan itu.

"Di Malaysia, tiada siapa hormat atau yang mahu mengikut peraturan cooling off period (tempoh bertenang) yang ditetapkan SPR. Walaupun dilarang, pada hari mengundi, masih ada lagi yang mengambil kesempatan untuk meraih serta merayu undi, mengibarkan bendera dan berkonvoi," katanya.

Wan Ahmad berkata perbuatan melanggar arahan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengapa SPR tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau berkata berdasarkan senario politik negara ketika ini, keadaan akan menjadi bertambah huru-hara pada hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau berharap tempoh bertenang boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang bagi memudahkan SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan mengundi daripada poster dan bendera yang dipasang.

Jumaat, Januari 22, 2010

Kesedaran ibu bapa makin meningkat

CHETOK – Sambutan ibu bapa terhadap program kelas Bahasa Inggeris yang dianjurkan Pusat Khidmat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, mendapat sambutan di luar jangkaan apabila 100 orang menyertai kursus tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman berkata, sambutan yang diberikan luar dari jangkaan asal kerana pada peringkat awal, pihaknya hanya membuka penyertaan kepada 50 orang sahaja.

Menurutnya, melihat kepada sambutan tersebut, pihaknya menerima 100 penyertaan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris ini.

“Kita gembira dengan sambutan ibu bapa dan mereka kini sudah mula menyedari akan kepenti-ngan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak mereka.

“Kita juga melihat peningkatan kesedaran ibu bapa terhadap penguasaan bahasa Inggeris ini, memberikan satu perubahan yang baru kepada anak-anak dalam kawasan Pasir Mas,” katanya ketika majlis taklimat bersama ibu bapa di SK Kubang Chenok.

Najib berkata, kebanyakan ibu bapa yang hadir adalah mereka yang bekerja sebagai petani dan sendiri tetapi mereka sedar, kepentingan pelajaran ter-utamanya bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa.

Menurutnya, perkara ini perlu diikuti oleh semua ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka boleh menguasai dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

“Kita tidak semestinya melupakan penggunaan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa ibunda kita tetapi dengan adanya dua penguasaan bahasa dalam diri anak-anak, ini dapat membantu mereka dalam bidang pelajaran dan pekerjaan nanti,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut yang melibatkan murid sekolah tahap dua iaitu mereka yang berumur 10 dan 11 tahun ini, diberikan kursus bahasa Inggeris secara percuma supaya mereka dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Menurutnya, pihaknya akan membuat kajian yang lebih mendalam untuk mengatasi masalah ini.

Najib berkata, setiap peserta yang menyertai kursus ini, mereka akan dipantau oleh Pusat Khidmat Pemuda dengan melihat pencapaian mereka dari semasa ke semasa.

“Kita akan pastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka ini meningkat.

“Sekiranya perlu, kita akan adakan satu perbincangan khas dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah jika pencapaian atau statistik kelemahan pelajar-pelajar dalam bahasa Inggeris di Pasir Mas berada di tahap yang tidak memuaskan,” katanya.

Beliau berkata, perjua-ngan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di Kelantan, khasnya di Pasir Mas akan diteruskan.

Kursus mantapkan Bahasa Inggeris

PASIR MAS – Ibu bapa yang menghantar anak-anak mengikuti kursus Bahasa Inggeris yang dianjurkan Pusat Khidmat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas (PKPPUPM) menerima baik perancangan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak mereka.

Salah seorang ibu peserta yang ditemui, Zawiyah Abdullah, 40, berkata, kesempatan menghantar anaknya menyertai kursus diguna sebaiknya kerana menyedari penguasaan bahasa kedua ini penting untuk alam pekerjaan akan datang.

Menurutnya, peluang ini hanya sekali dan ia percuma kepada semua belia di Pasir Mas yang mahu belajar dan meningkatkan penguasaan dalam bahasa itu.

“Saya mendapat tahu perkara ini daripada anak saya sendiri, dan dia sendiri mahu mengikutinya kerana baginya Bahasa Inggeris penting untuk masa depan dan bukannya bermaksud membelakangkan bahasa ibunda kita.

“Saya tidak pernah menghalang anak-anak mempelajari bahasa itu dan peluang yang ada diguna sebaiknya kerana sekiranya mengambil kursus di luar, sudah tentu bayaran yang dikenakan mahal,” katanya.

Zawiyah berkata, kursus ini membantu golongan belia Pasir Mas mempelajari dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris tanpa sebarang bayaran.

Salah seorang bapa, Ahmad Hamzah, 50, berkata, dia berbangga dengan program yang dianjurkan kerana secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Menurutnya, zaman globalisasi sekarang ini, penggunaan bahasa kedua penting dan dapat digunakan untuk alam pekerjaan nanti.

“Saya menyokong sepenuhnya kursus seperti ini kerana jika dilihat daripada satu sudut, golongan belia Pasir Mas mempunyai kemahiran dalam menulis, tetapi apabila bertutur mereka mungkin malu ataupun takut.

“Saya melihat kursus ini berkesan kerana anak saya dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan penuh yakin dan saya menjangkakan perkara yang sama berlaku kepada semua peserta yang menyertai kursus ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman berkata, kelas tuisyen secara percuma tersebut akan diajar oleh seorang guru Bahasa Inggeris, Nor Bi Abdul Rahman bersama dua pembantu yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Menurutnya, seramai 150 penyertaan pertama akan terpilih daripada setiap DUN dan akan diadakan secara berperingkat mengikut kawasan seperti Chetok, Tendong dan Pengkalan Pasir.

Beliau berkata, peserta akan diberikan pendedahan secara asas supaya dapat menguasai asas grammar dan vocabulary.

“Kita memilih musim cuti persekolahan bagi mengisi masa cuti persekolahan yang panjang dengan perkara yang berfaedah sebagai pelengkap dalam menghadapi proses pembelajaran.

“Kita juga mahu menanam minat yang mendalam dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran itu,” katanya memberitahu kelas akan diadakan secara berasingan mengikut DUN masing-masing.

Selasa, Januari 19, 2010

Anwar dan senario politik semasa Malaysia



Sebelum penangkapan Anwar

Setelah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998, karer politik Anwar di anggap akan berakhir. Namun sebaliknya telah berlaku. Anwar telah berjaya menggerakkan masyarakat untuk menentang kezaliman pemerintah dengan melancarkan gerakan rakyat yang di panggil “Reformasi”. Fokus Anwar pada ketika itu adalah untuk menentang korupsi, kronisma dan nepotisma. Namun Anwar tidak sempat menggerakkan gerakan ini kerana beliau kemudiannya di tangkap dan dipenjarakan atas tuduhan liwat. Tugas ini disambut oleh orang-orang kanan beliau berusaha untuk menggerakkan massa menentang kerajaan melalui agenda reformasi.
Semasa Penangkapan Anwar

Setelah Anwar di tangkap, gerakan Reformasi ini seolah-olah tidak dapat dijalankan dengan tersusun kerana ianya lebih kepada sekadar kerjasama yang agak longgar di kalangan parti-parti PAS dan DAP serta disokong oleh gabungan beberapa NGO. Memahami kelemahan ini serta sistem politik yang ada, para penyokong Anwar telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan keahlian terdiri dari semua kaum Melayu, Cina, India dan etnik lain.

Satu pemuafakatan di antara parti-parti pembangkang ini, PAS, DAP dan PKR, telah di capai dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya 1999. Dengan ledakan kemarahan rakyat masih membara di atas pemecatan Anwar, gabungan ini telah berjaya memenangi jumlah kerusi di parlimen yang agak banyak. Malah sebuah negeri iaitu Terengganu telah jatuh kepada BA.

Namun penguasaan BA ini mula nampak keretakan. Antara faktor penting ialah :-

  1. i. Perbezaan politik yang sangat ketara antara PAS dan DAP. Walaupun ada usaha untuk menyatukan parti pembangkang untuk menentang parti pemerintah namun terbukti ianya menemui jalan buntu apabila parti yang berteraskan Islam, PAS, dan parti berlandaskan sosialis yang diterajui oleh masyarakat Cina, DAP, tidak mencapai kesepakatan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba memainkan peranan sebagai “orang tengah” untuk menyatukan PAS dan DAP gagal. Jelas pendekatan yang di ambil oleh PAS yang menekan kepada penubuhan Daulah Islam menakutkan golongan bukan Islam, Cina dan India.


  2. ii. Tidak adanya pemimpin yang menonjol yang mampu menangani isu pelbagai kaum dan kepelbagaian kefahaman ini.


  3. iii. Perlantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia baru yang dianggap rata-rata oleh rakyat Malaysia sebagai ”Mr Clean” telah memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia bahawa akan berlaku pengislahan di dalam pentadbiran negara yang selama ini dipenuhi dengan amalan korupsi.


Akibatnya, pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004 BN telah kembali menguasai politik negara dengan kemenangan ”Landslide” dan berjaya mengambil kembali Terengganu.

Pembebasan Anwar

Untuk beberapa ketika pembangkang tidak lagi pasti tentang masa hadapan mereka. Walaupun kemudiannya terbukti Abdullah gagal melakukan pengislahan di dalam pentadbiran negara namun pihak BA tidak mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa untuk mencabar BN.

Oleh itu pembebasan Anwar pada tahun 2004, selepas 10 tahun merengkok di dalam penjara akibat fitnah yang direka oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir, sangat-sangat dinantikan oleh pihak pembangkang. Beliau dilihat adalah satu-satunya pemimpin yang mampu untuk menyatukan pembangkang dan menentang BN. Sikapnya yang liberal disatu pihak dapat menampung pemimpin DAP manakala peribadi dan sejarah beliau yang di lihat pro-Islam telah berjaya meyakinkan pihak PAS. Gabungan dua persepsi ini membuatkan beliau disenangi oleh kesemua pihak dan akhirnya pihak pembangkang telah kembali bersatu di bawah satu gabungan yang di panggil Barisan Rakyat (BR). Kemampuan Anwar di peringkat antarabangsa juga terserlah di mana beliau sentiasa di panggil oleh negara-negara barat dan Arab untuk menyampaikan ucapan dan pandangan. BBC, CNN dan Al Jazeera sentiasa mengikuti perkembangan Anwar dan telah melakukan beberapa siri temuramah dengannya.

Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008

Menyedari politik perkauman (race based politic) tidak dapat menarik hati pengundi maka pihak Anwar telah melancarkan manisfesto baru dengan menekankan Keadilan kepada Semua Rakyat tanpa mengira kaum. BR telah melancarkan kempen besar-besaran dalam mengkritik dasar ekonomi negara (DEB) yang memberikan keutamaan kepada golongan Bumiputera (terutama oramg-orang Melayu Islam). BR dakwa bahawa dasar ini yang telah dilaksanakan semenjak 1970, telah disalahgunakan oleh pemimpin politik bagi tujuan untuk mengayakan kaum kerabat masing-masing tetapi bertopengkan kepada kepentingan Bumiputera. Mereka mengajak semua rakyat bersatu tanpa mengira kaum dan agama untuk menentang kerajaan. Pendekatan BR ini telah berjaya merubah pemikiran rakyat Malaysia yang selama ini begitu tertanam dengan politik perkauman yang di terajui oleh UMNO, MCA dan MIC hanya berjuang untuk kaum mereka sahaja.

Walaupun perlaksanaannya masih menjadi tandatanya namun Anwar dan PR telah berjaya merapatkan hubungan semua kaum dan menyatukan matlamat perjuangan mereka ke arah penghapusan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan. Pendekatan ini telah berjaya merubah senario politik Malaysia yang tidak pernah berlaku semenjak 50 tahun merdeka di mana rakyat dari pelbagai kaum dan agama bersatu di bawah BR untuk menentang BN. Rakyat buat pertama kali dapat melihat kemampuan pembangkang untuk membentuk kerajaan alternatif di bawah pimpinan Anwar.

Hasilnya pada pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008, BR telah berjaya menawan 5 dari 13 negeri di Malaysia dan mendapat 82 kerusi parlimen dari 222 kerusi. Ini memberikan kemenangan yang sangat tipis kepada BN dengan ”simple majority”. Malah BR mendakwa bahawa jika tidak ada penipuan semasa pilihanraya tersebut BR sudah berjaya membentuk kerajaan.

Untuk memperkuatkan kesatuan pembangkang maka pada 1 April 2008 semua parti komponen utama pembangkang yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP telah membentuk satu front yang digelar PAKATAN RAKYAT (PR). Gabungan baru ini telah di terajui oleh ketiga-tiga parti utama tersebut dan satu Sekretariat Bersama yang di anggotai oleh 3 pimpinan kanan parti masing-masing yang di ketuai oleh Dr. Seri Wan Azizah Ismail (isteri Anwar) yang juga bertindak sebagai Ketua Pembangkang. Untuk menambah tekanan kepada pihak pemerintah, pada 10 Julai 2008, PR telah mengutarakan usul undi tidak percaya kepada Abdullah di dalam sidang parlimen. Namun seperti yang di jangka usul ini telah ditolak oleh Speaker Parlimen. Kedudukan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang kemudian diganti oleh Anwar apabila Anwar telah menang di dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada bulan September 2008 lepas. Anwar telah meneruskan tekanannya kepada Abdullah untuk meletak jawatan dan seterusnya mengambil alih pimpinan kerajaan. Namun sehingga artikel ini di tulis peralihan kuasa ini masih belum berlaku.

Implikasi Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008

1. Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN)

Keputusan pilihanraya ini memberikan tamparan yang sangat hebat kepada BN yang terpaksa menghadapi kritikan bukan saja di kalangan parti-parti komponen tetapi juga dikalangan ahli parti sendiri. UMNO selaku parti komponen peneraju di dalam BN telah menghadapi krisis kepimpinan yang sangat kritikal. Ahli-ahli UMNO mula mempersoalkan kewibawaan Abdullah Badawi untuk terus memimpin. Ramai di kalangan ahli menyalahkan Abdullah terhadap kegagalan beliau untuk menangani isu-isu ekonomi, gejala kronisma yang melibatkan kaum keluarga beliau, melantik pemimpin-pemimpin yang telah ditolak untuk menerajui dalam kabinet dan sikap beliau yang tidak tegas di dalam menangani isu-isu penting negara. Ada juga ahli UMNO yang medakwa bahawa pembebasan Anwar oleh Abdullah sebagai punca kekalahan BN dalam pilihanraya lepas. Abdullah juga dikritik oleh bekas PM Tun Dr Mahathir yang secara terang-terangan menyalahkan kekalahan BN adalah disebabkan kelemahan Abdullah dan mendesak Abdullah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri. Untuk menyatakan ketegasan beliau Dr Mahathir telah bertindak untuk keluar dari parti UMNO dengan sebilangan pengikutnya.

Tekanan yang paling kuat di hadapi oleh Abdullah adalah dari Timbalannya sendiri, Najib Razak yang dilihat mampu memulihkan kembali perpecahan di dalam UMNO dan juga BN. Penyokong-penyokong Najib telah mendesak Abdullah melepaskan jawatan kepada Najib secepat mungkin. Ini telah menyebabkan Abdullah terpaksa membuat perjanjian dengan Najib untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2010. Namun penyokong Najib masih tidak puas hati kerana masa itu terlalu lama dan ini akan mengakibatkan UMNO dan BN akan lebih parah lagi. Abdullah akhirnya akur dengan tekanan ini dan mengumumkan kemungkinan beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dengan lebih awal dari 2010 tetapi tidak di beritahu bila. Perebutan kuasa juga berlaku di peringkat akar umbi yang mengakibatkan perpecahan yang sukar dibendung lagi.

Secara umum, rakyat melihat UMNO bukan saja sebuah parti yang korup tetapi telah jauh menyeleweng dari matlamat sebenarnya untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Sebaliknya ia dilihat sebagai sebuah parti politik yang hanya untuk mengaut harta oleh puak tertentu dan menunggu masa untuk berkubur. Keyakinan rakyat terutamanya golongan muda terhadap UMNO telah tiada apabila majoriti pengundi-pengundi belia telah mengundi pembangkang (PR) di dalam pilihanraya yang lepas.

Keputusan pilahanraya ini juga telah memberi kesan yang sangat parah kepada parti-parti komponen di dalam BN. Parti-parti komponen utama di dalam BN seperti MCA (diterajui oleh Cina), MIC (parti kaum India) dan GERAKAN (parti etnik campuran tetapi 98% dikuasai Cina) juga menghadapi tekanan yang sama. Presiden parti MCA telah mengumumkan keengganan untuk bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti Okotober 2008 kerana merasakan telah gagal meyakinkan orang-orang Cina untuk menyokong kerajaan. Presiden MIC pula telah kalah di dalam pilihanraya lepas dan kini menghadapi tekanan yang kuat dari bangsa India yang inginkan beliau meletak jawatan. Lebih parah lagi ialah parti GERAKAN yang mana bukan saja presidennya gagal menang dalam pilihanraya tetapi juga telah kehilangan sebuah negeri yang di perintah mereka, Pulau Pinang.

Perpecahan di dalam BN mula nampak ketara apabila parti-parti komponen ini sudah mula berani bersuara menentang UMNO di atas beberapa insiden yang di lakukan oleh ahli-ahli UMNO di anggap berbau perkauman. Ini telah menimbulkan kemarahan oleh kaum Cina terutama GERAKAN. Sudah timbul suara di mana GERAKAN mungkin akan meninggalkan BN dan bergabung dengan PR.

2. Perancangan Anwar menjadi Perdana Menteri

Kemenangan PR yang sangat memberangsangkan telah memberikan keyakinan kepada pihak pembangkang bahawa peluang untuk merubah kerajaan semakin hampir. Namun ia tidak mungkin berlaku tanpa Anwar sendiri terpilih untuk menjadi ahli parlimen. Akhirnya isteri beliau Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk mengosongkan kerusi di parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dan seterusnya menjadi ahli parlimen bagi mengetuai pihak pembangkang dalam laluan mereka ke Putrajaya. Kemenangan Anwar di dalam pilihanraya kecil ini dengan majoriti yang lebih besar telah memberikan tamparan sangat besar kepada kepimpinan Abdullah walaupun semasa kempen, seluruh jentera kerajaan dan media masa telah di gunakan untuk memburukkan pembangkang terutama Anwar. Buat kali kedua Anwar telah dituduh melakukan liwat dengan pembantu khas beliau. Sehingga hari ini tuduhan itu masih belum dibicarakan. Di dalam kempen berkenaan Abdullah sendiri telah turun padang untuk membantu calon BN tetapi jelas ia tidak memberi kesan.

Ketidaksabaran Anwar untuk menjadi Perdana Menteri jelas ketara apabila beliau telah mula melobi ahli-ahli parlimen dari BN untuk bersama-sama dengan PR. Walaupun beberapa pemimpin PR agak kurang bersetuju dengan pendekatan melobi ini, namun Anwar dan orang-orang kanan beliau terus mengadakan pertemuan-pertemuan dengan ahli parlimen BN. Usaha ini dan di tambah dengan masalah yang wujud dalam BN telah mula mendapat keyakinan ahli parlimen BN untuk bersama PR.

Anwar kemudian telah mengumumkan bahawa beliau telah mempunyai senarai ahli parlimen BN yang sanggup meninggalkan BN dan bergabung dengan PR dan seterunya memberikan PR majoriti tipis untuk membentuk kerajaan baru (PR hanya memerlukan 31 ahli parlimen untuk mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat). Tarikh 16 September 2008 telah di letakkan sebagai tarikh di mana peralihan kuasa akan berlaku. Namun tidak ada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut dengan Anwar memberikan alasan bahawa ahli-ahli parlimen yang ingin menyertai PR telah di sekat dari berbuat demikian. Kini Anwar mula melobi Yang Di Pertuan Agung (yang mempunyai kuasa mutlak untuk menyuruh Perdana Menteri meletak jawatan) untuk mendapat mandat bagi membentuk kerajaan baru. Di fahamkan surat untuk Anwar mengadap Baginda telah diserahkan dan kini menunggu persetujuan Agung untuk berjumpa dengan Anwar. Namun Abdullah dengan nada tegas telah menyatakan beberapa kali bahawa BN akan melakukan apa saj demi menjaga kekuasaan yang ada pada mereka. Kini tuduhan bahawa Anwar menjadi ancaman kepada keselamatan negara sudah mula di war-warkan dan sudah ada suara-suara yang menjangkakan bahawa Anwar akan ditangkap buat kali kedua di bawah ISA. Namun Anwar masih meneruskan misinya untuk ke Putrajaya dan dari maklumat dalaman 21 Okober menjadi tarikh baru perubahan kerajaan.


3. Kedudukan Bangsa Melayu dan Islam

Menyedari bahawa sokongan dari kalangan orang Melayu terhadap UMNO semakin terhakis, Abdullah telah cuba membuat perundingan dengan PAS (yang merupakan parti orang Melayu yang beragama Islam) bagi membentuk kerjasama demi kepentingan bangsa Melayu. Dalam masa yang sama dominasi bangsa lain yang bukan beragama islam di dalam PR telah membimbangkan sebahagian dari pimpinan PAS mengenai masa depan agama islam sendiri. Laungan Anwar untuk menghapuskan dasar ekonomi kerajaan dan membentuk dasar baru yang mengutamakan keadilan kepada semua kaum juga membimbangkan orang-orang Melayu tentang kemampuan mereka untuk bersaing terutama dalam dunia perniagaan. Kebimbangan2 ini telah memdorong sebahagian pihak pimpinan PAS untuk berunding dengan UMNO demi untuk menjaga maslahat bangsa dan agama. Malah beberapa inisiatif juga telah di buat oleh beberapa NGO yang berteraskan Melayu untuk bergabung dan mempertahankan bangsa Melayu dan agama islam.

Dua pertemuan telah di adakan antara Abdullah sendiri dengan kepimpinan PAS. Berita pertemuan ini telah tersebar luas di dalam media masa negara dan mendapat kritikan yang sangat keras dari pimpinan PAS yang lain yang tidak tahu tentang pertemuan tersebut dan juga dari parti komponen pembangkang dalam PR. Ramai pemerhati politik dan ahli-ahli parti komponen PR melihat pertemuan itu hanyalah muslihat UMNO bagi mengekalkan kuasa dan juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam PR. Pimpinan PAS yang terlibat dengan perbincangan tersebut telah berhempas pulas untuk meyakinkan kembali ahli-ahli parti bahawa pertemuan itu bukan untuk bekerjasama tetapi hanya untuk muqabalah dan menegaskan pendirian PAS.

Bagi masyarakat islam yang lain, kebimbangan ini terus ada di mana kemungkinan ahli-ahli parlimen dari Sabah yang dijangka akan masuk PR, majoritinya bukan bergama islam. Ini bererti bahawa tidak mustahil Malaysia akan di perintah oleh orang-orang bukan Islam jika sekirannya mereka mendominasi di dalam PR. Untuk itu bagi meyakinkan rakyat yang beragama Islam, Anwar telah beberapa kali menegaskan bahawa beliau tidak akan mensia-siakan agama Islam jika beliau menjadi Perdana Menteri.


4. Kewujudan sistem dua parti

Penganalisis politik ramai menjangkakan bahawa perkembangan yang berlaku melambangkan kematangan politik rakyat Malaysia. Rakyat sudah mula berfikir sebelum mereka mengundi. Dengan perkembangan teknologi membolehkan rakyat mendapat maklumat-maklumat terkini tanpa bergantung kepada media massa kerajaan yang di kawal sepenuhnya oleh pihak pemerintah. Rakyat memilih bukan lagi berdasarkan kepada kemegahan kepada sesuatu parti tetapi kepada parti yang mampu membawa perubahan dari sistem yang korup kepada keadilan untuk semua kaum. Ertinya semua kaum harus bergabung di bawah satu parti tanpa mengira agama dan bangsa dan berjuang untuk satu matlamat. Sistem kepartian berdasarkan kaum tidak lagi relevan.

Penggabungan parti pembangkang di dalam PR membayangkan bahawa rakyat menolak parti-parti serpihan dengan matlamat-matlamat yang berbeza tetapi rakyat menerima jika semuanya bergabung dan menuju ke arah yang sama. Sebagaimana yang berlaku di Amerika yang mempunyai parti Demokrat dan Republikan, ia juga mungkin akan berlaku di Malaysia yang mempunyai BN dan PR. Walaupun begitu, semuanya hanya ramalan dan tidak pasti sama ada rakyat benar-benar bersetuju dengan sistem dua parti atau tidak.


5. Pendekatan Islam Sederhana

Kekalahan teruk yang di alami oleh PAS pada pilihanraya ke 11 pada tahun 2004 telah memberi pengajaran berguna kepada parti Islam ini. Pendekatan mereka yang menekankan isu penegakan Daulah Islam terbukti dianggap agak ”extreme” dan gagal mengambil hati para pengundi terutama orang-orang bukan Islam (Cina dan India). Walaubagaimanapun Anwar telah berjaya memujuk pimpinan PAS untuk tidak menekankan isu Daulah Islam ini bagi menjaga kesepakatan dengan DAP bagi menghadapi pilihanraya ke 12. Oleh itu PAS telah mempamerkan manifesto yang lebih mesra pengundi dengan mengumumkan Negara Kebajikan (bukan lagi Negara Islam). Pendekatan ini telah di sambut baik oleh rakyat hingga PAS mampu untuk menguasai 3 negeri Perak, Kedah dan Kelantan.

Namun persoalan kini timbul sejauh manakah berkesannya peranan PAS di dalam PR? Ini agak membimbangkan sebahagian rakyat kerana takut PAS sendiri akan larut dengan pendekatan liberal yang di bawa Anwar hingga mereka terpaksa berkompromi banyak perkara dengan DAP dan pimpinan PKR yang bukan Islam dalam isu-isu yang menyentuh soal agama. Untuk meyakinkan pendokong-pendokong Islam Ustaz Abd Hadi, Presiden PAS, telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa apapun yang berlaku (jika terjadinya peralihan kuasa) Islam mestilah diutamakan. Kenyataan ini agak melegakan ramai pihak kerana rakyat tahu bahawa PR sangat memerlukan PAS.


Rumusan

1. Pilihanraya ke 12 lepas berjaya membawa perubahan di dalam senario politik Malaysia di mana rakyat telah mula sedar bahawa politik perkauman sudah tidak lagi relevan di dalam abad ini. ”People’s Power” yang sering berlaku di dunia ketiga, kini di lihat telah berlaku di Malaysia. Menyedari hal ini kerajaan mula agak terbuka dalam mendengar suara rakyat dan dengan itu peranan NGO dalam mengenegahkan suara rakyat di lihat akan menjadi semakin penting.

2. Dengan beberapa negeri jatuh ke tangan PR, maka peluang untuk berdakwah menjadi lebih besar di sebabkan pendekatan PR yang ”Dari rakyat dan Untuk rakyat” serta kebebasan bersuara dan beragama.

3. Sehingga hari ini keadaan politik masih tidak menentu dengan Anwar mendakwa boleh menukar kerajaan tetapi dalam masa yang sama BN masih bertegas akan menghalang mana-mana cubaan untuk ”merampas” kuasa mereka. Dengan kejatuhan ekonomi di Amerika yang teruk di tambah kebimbangan para pelabur mengenai kestabilan politik negara, Malaysia di jangka akan terus mengalami kemelesetan ekonomi dalam jangka masa yang panjang.

Sejauh mana PAS/ PR/DAP membantu anak melayu berniaga

UMNO rasuah, Kerajaan makan duit rakyat untuk kepentingan UMNO dan Rakyat UMNO....Tapi kita nampak ada sekolah kerajaan yang tak kira anak siapa, pas tu sekolah kerajaan yurun sekolah alahai ciput......Penoreh getah pun mampu bayar....

Tentang pendidikan usahawan atau perniagaan, Kerajaan UMNO w/pun tak nampak sumbangan secara terang-terang atau langsung kepada UMNO untuk membantu org melayu berniaga, tapi sekurang-kurang (malah lebih) ada juga dasar-dasar kerajaan untuk membantu dan memberi kemudahan utk Bumiputra berniaga. Tengok rumah kamu, tempat alam ibadat kamu (surau/masjid) dan persekitaran kamu sejak kamu darjah 1 sehingga sekarang.

Persoalaanya sekarang, sejauh mana PAS/PR/DAP membantu atau berkempen untuk menaikan Bangsa Melayu/Bumiputra untuk berniaga bukan sahaja sejak parti tersebut ditubuhkan, malah ambil contoh dari tahun 2000 - 2009 cukup ler.

Mana sumbangan mereka ini ?

Kambing vs Kambing (DSHadi vs DSAI)

Hahhaha.....Saja aku nak bawak Akal (CPU) kau org terutamannya Supporter PAS/PR ni, nak tengok sejauh mana CPU dia mempersoalkan isu ini iaitu KAMBING.....

Aku nak bayangkan kalau PRU yang ke-13 ni katakan lah parti kompenan Pembangkang Menang....so siapa kah yang akan jadi PM Malaysia.....hahhaha

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG atau
YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM....

Hahhaha....katakan ler Hadi yang jadi PM....alahaiii....aku yang masuk penjara, Dia lak yang jadi PM....
Hahhaha....Katakan ler DSAI yang jadi PM....alahai...PAS yang dah tubuh lama, dia lak yang jadi PM....

So, sebenarnya mereka ni berdua ini tidak BODOH kalau bodoh pun tak ler sebodoh supporter PAS/PR...sbb apa...tak kan dua mamat ni nak teloransi jadi PM dan TPM sudah tentu kalau adanya toleransi ni, PKR tak perlu ditubuhkan sejak awal lagi.....kira DSAI terus jadi ahli PAS....atau PAS yang reject kot....

PAS pulak dah tak tahu apa itu ISLAM, sbb gagal tarik atau berdakwah dengan bukan islam (cina & india)....dia tahu dakwah kat org islam jer (UMNO) kononnya tuhan & syurga tu dia punya....Untuk itu Bekas banduan ni pun celok ler kat kelemahan PAS ni....cakap konongnya kita buat satu pakatan mcm BN buat iaitu PAS/PKR/DAP.....hahhaha...masing-masing ideaology copy paste dari UMNO/MCA/MIC....tapi dlm Kompenan BN satu kelompok Melayu jer....Pembangkang pula terdapat 2 kelompok melayu iaitu Melayu Pas & Melayu PKR.....hahahha....nampak ler siapa dajal kat sini...

So...siapa yang kambing kat sini ?????

Pikirkan ler kredaibiliti kambing-kambing tersebut....

Sejauh mana PAS mengembangkan ISLAM ???

Kerajaan PAS Kelantan yang hampir 20 thn memerintah....berapa ramai orang cina, india, penduduk GOLOK yang telah diislamkan ?????

Tu baru cerita tang negeri tu jer, belum lagi negeri lain kat Malaysia...apa entah lagi Sabah....Ughhhh....Luar Negara hampehhhh...

Mcm Kerajaan BN ada ler juga melalui JAKIM program pengislaman org asli kat penempatan orang asli di seluruh Malaysia.....last-last kat kampung orang Asli pun, Jakim yang buat program tersebut.....Apa ni TGNA ?????

Kalau oversea, ada ler juga program kesedaran islam penduduk Bosia dan croatia....tu belum lagi masuk program di Vietnam....

Tak caya...gi tengok laman web JAKIM godek kat situ pasal program pendakwahan ini....

Islam suruh lain, lain yang dibuatnya...balik-balik nak islamkan Org UMNO....pas tu Melayu lak....ditubuhkan pada 1955 ughhhh...berapa tahun tu, pengislaman dalam DAP pun sampai ker 0.1%.....apa lagi dlm parti Negro.....

Hudud la, riba la, entah apa-apa lagi isu dia...tu sungai Golok pun tak berpagar....kira boleh masuk ler pergi GOLOK dgn lompat jer yang mana masuk cara haram tu....semata-mata nak hiburan pelacur Golok dgn minum Beer.....Apa punya MB ni, buta ker.....dah tentu ramai org kelantan gi sana, kalau tak kelantan pun...org malaysia ler, lebih-lebih lagi melayu yang dah hilang akal seks dia.....

Cakap dgn TGNA ler...Pagar hijau tu bukan mahal mana pun.....tak kan Kerajaan Negeri Kelantan tak ada duit langsung....kalau tak ada pun, pi ler minta bantuan kat DAP, depa kan kaya....nak minta PKR tak leh....sbb bekas Banduan mana ada duit.....tu pun nasib baik dah jadi ahli parlimen...baru ada sikit...tapi kira gaji ahli parlimen tu kira mampu ler juga beli pagar hijau siap ada lebih lagi....

Huhuhu....tengok...apa komen supporter PAS/PKR/DAP kat sini....pasal isu ini...tenjukkan ler kehebatan PAS ni dlm mendakwah Pengislaman bukan bumi ni...apa tak ada kuil ker kat Kelantan tu....nak tenjuk bagus sangat...org ajak bersatu tak nak....nak bersatunya dgn Parti Negro (PKR) dgn DAP...apa da....

MIC Perak Berinteraksi Dengan Belia Melalui Internet

IPOH, 19 Jan (Bernama) -- MIC Perak meningkatkan usahanya untuk mendekati golongan muda melalui pelbagai aplikasi internet seperti laman web sosial Facebook dan Myspace.

Pengerusinya Datuk S. Veerasingam berkata usaha berkenaan bertujuan meningkatkan interaksi dengan golongan muda yang kini gemar melayari internet untuk aktiviti sosial dan mendapatkan maklumat semasa.

"Kita mahu menjalin hubungan dengan golongan muda supaya dapat lebih memahami masalah dan kehendak mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Veerasingam berkata kritikan dan maklum balas yang diperolehi melalui interaksi berkenaan akan dikumpul dan MIC akan membantu menyuarakannya kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Menurut Veerasingam, pendekatan melalui internet itu dijalankan serentak dengan peningkatan program dan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan melibatkan golongan belia yang dijalankan oleh MIC bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

'Cah keting' sudah mula melarat dalam Pas

SHAH ALAM - Penganalisis Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan amalan 'cah keting' yang melanda pemerintah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu kini sudah mula melarat dalam Pas.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan 'cah keting' atau cantas-mencantas berikutan kekosongan jawatan penting syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, dahulu Pas tidak boleh membentuk kerajaan, tetapi bila parti itu mula mentadbir kerajaan negeri, peluang untuk merebut jawatan terbuka luas menyebabkan ramai di kalangan ahli mula merebut peluang dan ganjaran.

"Janganlah 'mengata dulang paku serpih', Pas perlu menerima hakikat parti itu mula dilanda penyakit mula merebak sama seperti dialami oleh UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wujud amalan 'cah keting' dalam parti politik di negara ini.

Beliau berkata, amalan 'cah keting' ini bukan bersifat inklusif dan ditujukan kepada mana-mana parti sahaja.

Menurutnya, budaya 'cah keting' tidak sepatutnya berlaku dalam Pas yang didasari perjuangan Islam yang tidak mementingkan kebendaan dan jawatan.

”Kedua-dua parti perlu menolak amalan `cah keting` kerana ia tidak memberi gambaran baik kepada rakyat,” katanya.

Ahli UMNO perlu utamakan dasar perjuangan

SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa mengingatkan seluruh pucuk pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi supaya mengutamakan dasar perjuangan UMNO daripada jawatan yang disandang bagi mengelakkan berlakunya amalan 'cah keting' dalam parti itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan amalan `cah keting` atau cantas-mencantas masih wujud dalam UMNO.

Azizi berkata, sepanjang penglibatan hampir 80 tahun dalam UMNO, budaya 'cah keting' ini mula dikesan sekitar tahun 80-an di mana pada ketika itu UMNO dipandang sebagai aset.

”Pada ketika itu, pemimpin dan ahli UMNO dilihat lebih mementingkan kedudukan sendiri daripada parti yang disertai, kesan daripada itu, maka timbul politik wang,” katanya.

Aziz yang juga bekas pejuang kemerdekaan tanah air menentang Malayan Union berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada masih wujud amalan 'cah keting' dalam UMNO.

Ditanya sama ada amalan 'cah keting' boleh dihapuskan di kalangan ahli UMNO, beliau berkata, amalan itu tidak boleh dihapuskan tetapi perlu diminimumkan.

Beliau berkata, sebagai contoh, tidak salah sekiranya pemimpin berbelanja untuk parti, apa perlu dielakkan ialah membeli undi semasa bertanding dalam pemilihan jawatan parti itu.

"Sebab itulah Perlembagaan UMNO dipinda bagi menghapuskan amalan serta budaya politik wang yang dilihat memberi implikasi negatif kepada UMNO," katanya.

Isnin, Januari 18, 2010

Anwar sasar tawan Putrajaya 2011?

KUANTAN 17 Jan. - Nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk "menawan Putrajaya" selepas hasrat menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal impian.

Kali ini, beliau meletakkan tahun 2011 pula untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya dengan alasan 'fahaman rakyat antara kaum telah berpecah' dalam memberikan sokongan kepada kerajaan.

"Fahaman rakyat antara kaum berpecah. (Tahun) 2008 rakyat bersatu, 2009 lebih padu, 2010 siap sedia, 2011 kita tawan Putrajaya," katanya semasa berucap menutup Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Restoran Tanjung di sini, hari ini.

Ketika ditanya pada sidang media kemudiannya sama ada beliau mempunyai "pelan tertentu" untuk mencapai sasaran tersebut, Penasihat PKR itu sebaliknya menjelaskan, beliau yakin pembangkang dapat membentuk kerajaan jika pilihan raya umum diadakan tahun depan.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik apabila membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung Malaysia.

"Nak guna nama Allah itu dia kira pilihan raya nak pilih siapa. Sebabnya di Sabah dan Sarawak ramai orang Kristian," katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah sama dengan Pas iaitu tidak menolak penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

"Kita tidak bercanggah dengan Pas, pendirian kita sama," katanya.

Penggunaan kalimah Allah jelasnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana ulama terkemuka seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, Dr. Sheikh Wahba Al-Zuhayli dari Syria dan Maulana Ihsan Hendricks dari Afrika menyatakan penganut bukan Islam telah menggunakannya sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Nik Aziz patut berdoa pemimpin rasuah terdedah

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Doa mohon dijauhkan amalan 'cah keting' oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran bahawa Menteri Besar Kelantan itu tidak bersedia menerima pendedahan yang dibuat individu tertentu berhubung kepincangan perjalanan kerajaan negeri mahupun Pas Kelantan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai pemimpin yang digambarkan telus, sepatutnya Nik Abdul Aziz berdoa supaya tembelang mana-mana pemimpin yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa terus terdedah.

“Ini tidak, bila 'buka cerita' sahaja terus dicap sebagai 'cah keting' walaupun ia satu kebenaran.

“Janganlah kita lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa, lambat laun akan terdedah juga sesiapa yang menyeleweng,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas-mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Walaupun tidak menjelaskan secara mendalam sejauhmana seriusnya perkara itu, beliau pada Jumaat lalu selepas kuliah mingguannya telah membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting.'

Sementara itu, Ibrahim berkata, jika benar budaya ‘cah keting’ dalam Pas telah menular, ia merupakan satu pembalasan yang bermakna buat parti itu.

Katanya, selama ini Pas kelihatan seronok setiap kali perkara sedemikian berlaku dalam UMNO sehingga alpa dan tidak menjadikannya sebagai pengajaran.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, doa tersebut menjadi petunjuk kerajaan Kelantan dan Pas di negeri itu mahupun di peringkat Pusat berada dalam keadaan bercelaru.

Katanya, ia juga mengesahkan berlakunya pergeseran antara tokoh tertentu dalam kerajaan negeri dan Pas walaupun ia cuba disembunyikan.

Beliau memberi contoh hubungan yang dikatakan tidak begitu baik antara Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dengan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman

“Begitu juga di peringkat Pusat, Nik Aziz kata lain, (Timbalan Mursyidul Am Pas) Datuk Dr. Haron Din kata lain, (Timbalan Presiden Pas), Nasharuddin Mat Isa pun kena marah dengan Nik Aziz.

“Ini menunjukkan kedudukan kerajaan negeri dan Pas itu sendiri daripada segi politiknya amat bercelaru,” katanya.

UMNO, BN perlu peka tuntutan baru


Muhyiddin Yassin bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran Parlimen Titiwangsa di Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 17 Jan. - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan tuntutan-tuntutan baru rakyat untuk kekal relevan serta terus mendapat sokongan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan itu perlu dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan senario politik negara dan kemahuan rakyat yang sering berubah.

Sebagai contoh, katanya, generasi muda di negara ini semakin terdedah dengan nilai-nilai dunia seperti memperjuangkan hak asasi manusia dan menuntut institusi kerajaan yang telus serta lebih bertanggungjawab.

Keadaan itu, jelas beliau, berbeza dengan era 20 tahun lalu yang menyaksikan masyarakat lebih menyayangi serta menghormati UMNO dan BN kerana terikat dengan 'nostalgia' kemerdekaan hasil perjuangan gagasan tersebut.

''UMNO dan BN kena berkembang seiring dengan minda rakyat Malaysia, kita tidak boleh terikut cara lampau kerana walaupun ia tidak semestinya salah, mungkin rakyat kini tidak dapat terima," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Titiwangsa di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMNO WP, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua MIC Bahagian Titiwangsa, Datuk M. Saravanan.

Muhyiddin menambah, walaupun kerajaan BN berjaya membangunkan negara ini sehingga sebahagian infrastruktur dan elemen lain setaraf dengan negara maju, generasi muda menganggap ia merupakan tanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, keadaan itu terhasil kerana golongan muda yang ramai terpelajar kini lebih cenderung melihat kepada unsur-unsur kemanusiaan seperti hasil dasar kerajaan BN selama ini.

Justeru, jelasnya, para pemimpin UMNO dan BN perlu sentiasa berubah dengan menerapkan gagasan 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, perubahan itu perlu dilakukan segera memandangkan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa tiga tahun akan datang.

''Inilah gagasan 1Malaysia, selain perlu turun padang bagi meninjau masalah rakyat, kita juga perlu berupaya menyelami kemahuan dan tuntutan baru masyarakat,'' tegasnya.

Dalam pada itu, katanya, usaha UMNO Titiwangsa mengundang kesemua parti komponen BN dalam setiap majlisnya seperti malam ini merupakan permulaan awal yang bagus untuk kembali mendekati rakyat.

''Namun saya harap aktiviti UMNO dan BN Titiwangsa ini tidak terhenti setakat menganjurkan jamuan makan malam sahaja,'' katanya.

Pemuda UMNO desak siasat urusan pembelian bazar

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan, semalam, membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri berhubung tindakan pembelian balik tingkat bawah Bazar Tok Guru di sini, yang dikatakan bernilai RM23 juta.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Kota Bharu di sini, melalui Ketua Penerangannya, Che Othman Che Ismail bertujuan meminta polis menyiasat jika berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian bazar itu.

”Pergerakan UMNO kecewa dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaku Kerajaan Negeri melakukan kesilapan dalam urusan melibatkan bazar itu.

”Kami mahu siasatan dibuat mengenai perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan syarikat pembinaan itu sehingga menyebabkan kerugian bernilai puluhan juta ringgit,” katanya ketika ditemui bersama beberapa ahli Pemuda di sini, semalam.

Nik Aziz, sebelum in mengakui melakukan kesilapan dalam urusan pembinaan Bazar Tok Guru sehingga terpaksa memperuntukkan wang bagi membeli aras satu bazar tersebut.

Laporan blog Kickdefella menyatakan, kerugian itu dikatakan membabitkan nilai RM50 juta hasil kehilangan dari pemberian tanah dan RM23 juta kerana menebus untuk mengambil balik tingkat bawah bazar tersebut.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menafikannya dan menyatakan kerajaan tidak rugi, sebaliknya mendapat keuntungan daripada projek itu kerana mendapat sebuah bangunan tanpa mengeluarkan modal.

Pada masa sama, Che Othman menggesa siasatan tersebut mahu pihak polis menyiasat adakah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman dibuat mengikut prosedur betul.

Menurutnya, sebagai generasi muda, Pemuda UMNO tidak mahu membiarkan kesilapan dan penyelewengan terus berlaku yang merugikan rakyat semata-mata hendak menjaga air muka Menteri Besar.

“Kami tidak sanggup melihat pentadbiran Kerajaan Negeri diperintah dan diurus tadbir oleh kroni yang mengikut selera dan cita rasa tanpa melihat kepentingan untuk rakyat dan sekali gus merugikan semua pihak terutama rakyat Kelantan yang selama ini memberi kepercayaan kepada mereka,” katanya.

Gapena Dakwa Wujud Pemimpin Melayu Tidak Cintakan Bangsa Sendiri

KANGAR, 17 Jan (Bernama) -- Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri di sini hari ini.

Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia.

Menurutnya Gapena telah mengadakan hubungan dengan hampir semua kelompok Melayu di seluruh dunia dan ini menunjukkan kaum Melayu begitu besar dan bangsa itu perlu dimartabatkan.

Seminar anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Gapena dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) itu dihadiri kira-kira 100 peserta daripada pelbagai pertubuhan budaya dan sastera di Perlis.

Budaya "Cah Keting" Sudah Lama Wujud Dalam PAS - Mohd Puad

BATU PAHAT, 17 Jan (Bernama) - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi berkata budaya "cah keting" atau cantas-mencantas bukan perkara baru dalam PAS tetapi sebenarnya telah lama wujud di dalam parti itu.

Katanya budaya itu sudah lama wujud dalam PAS tetapi parti itu berselindung di sebalik parti Islam yang dipimpin oleh ulama.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata PAS cuba melindungi masalah dalamannya dengan 'menyerang' kerajaan pusat, Barisan Nasional (BN) dan UMNO menerusi pelbagai dakwaan dan tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pengakuan terbuka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam tentang kewujudan budaya "cah keting" sehingga memburukkan lagi kepincangan dalam parti itu.

"Rakyat boleh menilai sendiri parti PAS yang kini dilanda pelbagai bentuk kepincangan serta kebolehannya mentadbir dengan berkesan negeri-negeri yang dikuasainya oleh pakatan pembangkang," katanya selepas melancarkan program Juara Rakyat Kawasan Parlimen Batu Pahat di Senggarang, di sini, pada hari Ahad.

Mohd Puad, yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, mendakwa kepincangan dalam PAS semakin serius dan wujud perbalahan pendapat serta pertelingkahan terbuka di kalangan anggota serta pemimpin parti itu mengenai beberapa isu.

BN Perlu Sealiran Dengan Minda Masyarakat Masa Kini

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berfikiran sealiran dengan minda masyarakat Malaysia hari ini kerana senario politik kini telah banyak berubah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat kini terutamanya generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.

"Sebab itu kita tidak boleh lagi statik. Kita tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran Umno Titiwangsa di sini Ahad malam.

Muhyiddin berkata golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.

"Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.

"2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.

"Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat," katanya.

MyID 1 nombor semua urusan dilancarkan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melancarkan MyID, satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan.

Muhyiddin berkata, pelancaran inisiatif MyID itu sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

Katanya, inisiatif yang diaspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berpegang kepada konsep "1 Nombor Semua Urusan" yang akan menjadikan semua urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

"Langkah ini akan membantu rakyat di mana saja mereka berada untuk tujuan apa sekalipun, mereka dapat mengakses maklumat dan sebagainya, hanya mengingatkan nombor kad pengenalan.

"Ini satu nombor untuk semua yang Perdana Menteri sebutkan, kita dah mula laksanakan," katanya selepas pelancaran MyID dan persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

4.39 juta layak mengundi belum daftar pemilih: SPR

PUTRAJAYA: Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan Bumiputera yang mendaftar," katanya di sini, hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara membabitkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta supaya turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka boleh telefon saja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata, SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

“SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi adalah tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara saja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.

Jumaat, Januari 15, 2010

Khairy Mengaum Sakan Kutuk Pas Dan Pakatan Rakyat.

Ucapan Ketua Pemuda Umno Malaysia di penuhi cercaan , perli dan hinaan sebagai pembuka bicara dalam persidangan Pemuda Umno Malaysia hari ini. Ucapan Khairy jelas ditujukan kepada Pas , Keadilan dan Dap.

Khairy anggap Pas sebagai kuda tunggangan Dap yang sering mempertikaikan Hak-Hak Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam. Khairy juga anggap Anwar Ibrahim sebagai manusia yang hidup dalam banyak alam dan dianggap sebagai 'sesumpah lidah bercabang' dan Pemuda Umno akan menyekat kemaraan Anwar Ibrahim ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Klik di sini

Hebat hang Khairy demi pangkat Ketua Pemuda Umno Malaysia itu saja jalan yang Khairy ada untuk dapat kepercayaan PM Najib sebagai budak suruhan yang taat dan akur kepada Najib. Khairy Jamaludin yang dituduh bersalah dalam politik wang semasa Pemilihan Umno yang lalu tidak digantung oleh Lembaga Disiplin Umno, hanya diberikan amaran dan berjaya menang Jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kata Khairy lagi Pas tidak lagi memperjuangkan Islam dan 'Negara Islam' tapi tunduk kepada Dap . Siapa yang ke depan dalam Isu Kartika Sari Dewi yang yang dijatuhkan hukum sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah , Kuantan, yang mempertahankan hukum sebat tersebut? Umno atau Pas. Ketua Wanita Umno, Shahrizat kata hukum sebat tersebut melampau dan tidak patut.

Demi nak jadi 'Wira Pemuda Umno' Khairy lepaskan geram dalam ucapan sulungnya kepada Pas dan Keadilan untuk dilihat sebagai jaguh yang memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam.

'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi "bapa angkat" kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bahagian "angkat" bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Dis lepas.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini Khamis, beliau berkata program Juara Rakyat, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Jan lepas, akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan.

"Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya.

Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.

Ahmad berkata walaupun Umno pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.

Beliau berkata program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian.

"Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas...iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia," katanya.

Ahmad berkata selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT Umno dari semasa ke semasa.

Menjelang 25 Januari, Tembelang Busuk Anwar Makin Menusuk

Pada 25hb Januari ini merupakan hari perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Tetapi hari itu, diramalkan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan datang.


Dia mungkin memberi alasan tidak sihat atau terkena arsenik atau terkena jarum yang mengandungi virus HIV. Jika tidak, 'penyakit' leher beliau berulang kembali dan beliau 'terpaksa' berehat dan menerima surat cuti (MC).

Jika tidak pun, gerombolan peguam-peguam beliau yang sakit atau non compos mentis.

Caveat mungkin diungkit dengan alasan pihak Anwar Ibrahim tidak diberitahu tentang bukti pihak pendakwa.

Maka tarikh 25hb Januari akan tertangguh sekali lagi. Adjournment sekali lagi!

Walau bagaimanapun, kita perlu faham perasaan malu yang akan ditanggung oleh Anwar Ibrahim ketika menyusuri koridor dewan mahkamah. Beliau bukannya berdepan dengan kes yang melibatkan Perdana Menteri atau Ketua Polis Negara atau sesiapa sahaja yang sama 'standard' dengan beliau.

Ramai wartawan dari dalam dan luar negeri yang akan hadir untuk mendapatkan berita dan foto-foto beliau. Tetapi isunya terasa mampu menggugat kredibiliti dan maruah beliau walau dengan hanya beliau berada di koridor dewan Mahkamah itu sahaja.

Press statement akan dipendekkan atau beliau menghilangkan diri dengan alasan sibuk dan sebagainya.

Dari perspektif lain, cuba kita fikirkan jika kes itu melibatkan seorang yang berjawatan tinggi, penulis pasti Anwar Ibrahim akan mengadakan press statement bertaraf dunia dengan penglibatan pelabagai agensi berita luar negeri.

Tetapi malangnya, beliau hanya berdepan dengan bekas officer beliau sahaja. Kes beliau seakan-akan tidak secocok dengan taraf beliau yang bergelar pemimpin tertinggi. Akan tetapi, kes tersebut kukuh dan pelbagai bukti akan dikeluarkan di dalam mahkamah nanti.

Bukti Anwar Ibrahim pula hanya berdasarkan surat laporan kesihatan yang sebenarnya boleh disangkal dengan mudah tanpa pihak beliau mampu untuk mempertahankannya.

Anwar Ibrahim mungkin mempunyai 'bukti-bukti' yang lain dan penulis sarankan agar segalanya didedahkan di dalam mahkamah.

Kita juga perlu faham dengan kebingungan Anwar Ibrahim kerana kes liwat kali ini berlainan dengan kes liwat beliau sebelum ini. Tatkala itu, informasi yang diapi-apikan dan direka, menjadi serta dapat mempengaruhi rakyat.

Tetapi, sampai bilakah seseorang itu akan dapat bertahan dengan modus operandi memutar belit dan berbohong?

Realitinya, akan tiba satu masa di mana segala harapan kosong dan janji palsu yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim akan terbuka satu persatu.

Dan perkara ini bukan konspirasi parti lawan beliau tetapi dari mulut bekas rakan-rakan karib beliau sendiri.

Mereka adalah pemimpin-pemimpin yang bersama-sama Anwar Ibrahim, mengatur strategi dan modus operandi parti. Pokoknya, mereka yang mendedahkan putar belit Anwar Ibrahim bukanlah sebarangan orang tetapi mereka yang merupakan hard core Anwar Ibrahim suatu masa dahulu.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengatakan bahawa Anwar Ibrahim dikatakan kini dalam keadaan sangat terdesak sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyarankan agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan politik Anwar Ibrahim yang semakin terdesak.

Beliau bertambah terdesak disebabkan dengan tarikh perbicaraan kes liwat beliau yang semakin hampir.

Realitinya, kita semua sudah faham dengan perangai dan permainan politik Anwar Ibrahim. Pembohongan dan putar belit beliau sudah tidak menjadi lagi.

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan