Selasa, Januari 05, 2010

Nasib Belia Pasir Mas Terbela

Masalah pengangguran dan kurangnya pekerjaan di Kelantan menyebabkan ramai pemuda masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun ada di antara mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu. Bagi mengatasi masalah ini, Pusat Khidmat Pemuda UMNO Pasir Mas menganjurkan kursus bina kerja program (latihan dan penempatan) kepada 300 golongan pemuda dan pemudi daerah ini.

Program Latihan dan Penempatan Berbeza dengan institusi yang ada kini, kursus yang dianjurkan Pusat Khidmat Pemuda UMNO Pasir Mas ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta dengan menempatkan mereka di bahagian pekerjaan mengikut tiga bidang yang ditawarkan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman berkata, program tersebut memberi peluang kepada belia untuk bekerja dan memperoleh pendapatan melalui pekerjaan yang mereka lakukan iaitu berdasarkan minat mereka. Menurutnya, kursus ini juga memberi peluang kepada belia untuk membina kerjaya dan memastikan mereka mendapat pekerjaan tetap. “Kita memberi peluang peserta yang ada insentif untuk bekerja, dilatih mengikut bidang yang komersil (sesuai dengan majikan) dan dibayar Kementerian Sumber Manusia dalam bentuk elaun sebanyak RM500 sebulan untuk sara hidup selama tiga bulan semasa menjalani latihan teknikal. “Peserta juga akan mendapat sijil pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan peserta perlu mendapat kemahiran baru serta bekerja dengan majikan selepas tiga bulan dilatih,” katanya. Najib Rashdan berkata, kursus yang bermula 7 September hingga 7 Disember itu melibatkan tiga bidang latihan iaitu bidang komputer asas, penambah baik produk untuk eksekutif mahir dan bidang teknikal dan penyenggaraan. Menurutnya, jumlah peserta untuk setiap bidang dihadkan kepada 100 orang setiap bidang sahaja dan peserta dikehendaki memilih bidang tersebut mengikut minat pekerjaan selepas latihan.

“Kita membuka peluang ini seluas-luasnya kepada belia Pasir Mas yang berusia 18 hingga 45 tahun untuk menyertai program ini. “Kita juga gembira dengan sambutan awal dari belia Pasir Mas dengan penyertaan hampir 1,200 orang menghantar borang penyertaan tetapi kita mengamalkan konsep mereka yang mendaftar dahulu dikira penyertaan mereka dan selebihnya akan dibawa ke pengambilan tahun hadapan,” katanya. Tidak memilih fahaman politik Najib berkata, walaupun ini program di bawah parti UMNO tetapi niatnya hanya satu iaitu untuk membantu belia di kawasan Pasir Mas mendapatkan pekerjaan tetap.

Menurutnya, mendapatkan pekerjaan yang sesuai menjadi masalah kepada belia dan pihaknya tidak mahu mensia-siakan masa muda dengan pekerjaan yang tidak berfaedah. “Kita percaya belia Pasir Mas ini mempunyai kemahiran mereka yang boleh di ketengahkan tetapi masalah pekerjaan menyebabkan mereka berdiam diri dan tidak menggunakan kemahiran yang ada. “Kita juga akan membantu peserta yang tamat latihan untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam bentuk perniagaan sekiranya mereka menunjukkan kesungguhan dalam pekerjaan,” katanya.

Najib Rashdan juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan mereka yang berkenaan kerana memberi bantuan dan sokongan yang padu untuk menjayakan kursus ini. Rumusan Najib Rashdan berkata, melihat kepada sambutan yang menggalakkan dari belia Pasir Mas, pihaknya mungkin akan meneruskan kursus itu dan akan memastikan belia Pasir Mas mempunyai pekerjaan tetap selepas ini.

“Kita bersyukur dengan sambutan awal kursus ini dan berharap ia akan membawa perubahan besar kepada masyarakat Pasir Mas dan Kelantan. Kita di Pusat Khidmat Pemuda juga akan meneruskan usaha membantu rakyat terutamanya belia dari pelbagai segi tidak kira pendidikan, agama dan sebagainya,” katanya.

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan