Jumaat, Januari 15, 2010

Pemuda Suarakan Kekhuatiran Gagal Tepati Matlamat

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini mahu kerajaan memastikan mekanisme yang digunakan bagi penstrukturan semula subsidi petrol yang akan berkuatkuasa pada 1 Mei ini benar-benar menepati golongan sasaran.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata setelah mendengar pandangan dari akar umbi dan orang awam pihaknya terpanggil menyuarakan beberapa kekhuatiran mengenai mekanisme yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 7 Januari lalu.

Kekhuatiran tersebut kata beliau lagi adalah berunsur persoalan sama ada mekanisme tersebut dapat dilaksanakan dengan praktikal, supaya objektif murni yang menjadi batu asas kepada langkah penstrukturan semula ini akan tercapai.

"Pemuda percaya bahawa adalah kurang tepat serta tidak adil untuk mengukur kemampuan ekonomi seseorang berlandaskan kapasiti enjin kenderaannya. Malah, sebuah kenderaan dengan enjin kapasiti tinggi tidak bermakna ia sebuah kenderaan yang mahal.

"Terdapat banyak contoh di mana kenderaan mewah mempunyai kapasiti enjin yang lebih rendah daripada kenderaan lama yang dijual semula pada harga rendah. Maka, kita khuatir bahawa langkah ini akhirnya boleh mengeruhkan lagi masalah agihan perbelanjaan Kerajaan", katanya.

Jelas beliau lagi akan ada kemungkinan seorang yang memiliki beberapa kenderaan boleh mengisi petrol menggunakan kenderaan berkapasiti enjin rendah dan kemudiannya memindahkan petrol itu kepada kenderaan berkapasiti enjin tinggi, yang sepatutnya tidak layak untuk mendapat bantuan subsidi petrol.

Pada masa yang sama katanya akan ada jua kemungkinan bahawa sistem harga dua peringkat ini boleh membawa kepada penjualan semula petrol dari satu individu kepada individu lain, sekaligus mewujudkan pasaran gelap.

"Kita sedar akan kemungkinan bahawa pemilik sebuah kenderaan, yang sepatutnya tidak layak mendapat bantuan subsidi, boleh meminta seorang individu lain – misalnya seorang pemandu yang bekerja dengannya – untuk mengisi petrol bagi pihak pemilik pada harga yang lebih rendah.

"Terdapat ramai individu yang memiliki serta menggunakan kenderaan yang didaftarkan atas nama individu lain, maka ada kemungkinan individu yang layak tidak mendapat bantuan subsidi dan sebaliknya", ujar beliau.

Justeru tegas beliau bagi memastikan bahawa kebajikan rakyat terpelihara, Pemuda UMNO ingin mengetahui apa langkah Kerajaan bagi memastikan bahawa masalah-masalah ini dapat dibendung.

"Apapun, Pemuda UMNO memahami betapa sukarnya sebarang penstrukturan semula pada skala seperti ini, dan juga sedar bahawa tiada cadangan yang akan sempurna tanpa sebarang kecacatan.

"Oleh itu, Pemuda UMNO akan terus meneliti perkara ini dengan lebih mendalam agar kami dapat membantu dalam mencari jalan terbaik bagi mekanisme subsidi petrol yang efisien serta adil kepada rakyat, sejajar dengan konsep1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", katanya.

Pemuda tambah beliau lagi mengambil maklum bahawa tidak semua butiran mengenai langkah ini telah diumumkan, tetapi berharap agar Kerajaan dapat memberi perhatian serta maklum balas kepada perkara-perkara yang menimbulkan rasa khuatir dari pihak Pemuda seperti yang diterangkan di atas.

Namun Pemuda UMNO kata beliau menyokong penuh prinsip memastikan hanya golongan sasar yang layak sahaja patut dibenarkan membeli petrol dengan harga subsidi.

"Ini agar Kerajaan dapat lebih banyak berbelanja untuk pembangunan yang menguntungkan rakyat, di samping mengurangkan gangguan atau “distortion” pasaran", ujarnya.

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan