Rabu, Januari 13, 2010

Setiausaha Agung PKR letak jawatan

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehudin Hashim meletakkan jawatan itu berkuat kuasa hari ini atas alasan peribadi.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 5 petang.

"Saya membuat keputusan ini bagi membolehkan saya menyambung semula tugas sebagai jururunding dalam bidang pengurusan minyak dan gas," katanya.

Bagaimanapun Salehudin yang memegang jawatan itu sejak April 2008 menegaskan, beliau masih lagi menjadi ahli PKR kerana "saya seorang reformis."

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan berikutan kritikannya pada Oktober lalu terhadap tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih hutang Talam Corporation sebanyak RM391 juta.

Ketika ditanya apakah peletakan jawatan yang dilakukan itu berkaitan dengan perkara tersebut, Salehudin berkata, "Saya tidak fikir begitu."

Katanya, tempoh enam tahun berkhidmat untuk PKR dianggap sudah mencukupi dan masanya sudah tiba bagi beliau menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebelum ini.

Salehudin, 58, menyertai PKR pada tahun 2001 dan pernah dilantik sebagai Pengarah pilihan raya bagi PKR Wilayah Persekutuan serta bertanggungjawab membantu anak Anwar, Nurul Izzah berkempen bagi merebut kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Selepas itu beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agung parti tersebut.

Pada Oktober lalu, apabila tercetus isu kritikan beliau ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai pengambil alihan Talam Corporation, Salehudin menafikan khabar angin beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan