Selasa, Januari 05, 2010

25,000 tunggu peluang pekerjaan

KOTA BHARU 15 Dis. - Seramai 25,000 pencari kerja yang mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja negeri ini masih menunggu peluang untuk memasuki pasaran kerja. Mereka termasuk kira-kira 8,000 orang pemegang ijazah dan selebihnya yang memiliki diploma serta sijil. Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Negeri, Mohamad Yaacob berkata, pihaknya berusaha membantu mereka melalui beberapa pendekatan termasuk Program Penempatan Pekerjaan yang dimulakan pada 2001.

''Sehingga kini sudah lima kali program di peringkat negeri dan jajahan diadakan dan melaluinya, seramai 2,875 orang telah memperoleh pekerjaan,'' ujarnya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut peringkat jajahan Pasir Mas di sini hari ini. Majlis dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hanafi Mamat. Program itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Tenaga Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas dan JobsMalaysia. Mohamad berkata, jumlah pencari kerja yang mendaftar bertambah setiap bulan sehingga mendorong pihaknya mengadakan program itu yang dahulunya dikenali sebagai Karnival Kerjaya. Katanya, soal kesukaran mendapatkan pekerjaan berpunca daripada sikap calon sendiri yang kebanyakannya terlalu memilih pekerjaan dan lokasi di samping lemah dalam bahasa Inggeris.

''Setiap program yang diadakan mendapat sambutan baik di kalangan lepasan sekolah dan sejak diperkenalkan, hampir 10,000 orang menghadirinya untuk mendapatkan maklumat lanjut. ''Namun hanya 20 peratus yang memperoleh pekerjaan kerana kebanyakan calon yang mengunjungi program layak dengan jawatan tetapi apabila ditawarkan, mereka menolak selepas mendapati lokasinya di luar negeri ini,'' katanya. Dianggarkan hampir 3,000 mengunjungi program yang diadakan di sini hari ini dan mereka memenuhi ruang dewan mencari maklumat pekerjaan, menghadiri temu duga terbuka serta melawat kaunter perkhidmatan tatacara menghadiri temu duga. Program hari ini bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang menawarkan sebanyak 1,310 peluang pekerjaan kepada orang ramai. Ia disertai 12 majikan daripada syarikat-syarikat tempatan dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Hanafi berharap calon mengambil berat soal pendekatan temu duga kerana ia juga sering menyebabkan mereka gagal. ''Saya agak terkejut kerana ada calon yang memperoleh ijazah kelas pertama pun gagal berkomunikasi secara mudah dalam bahasa Inggeris dan gagal menjawab soalan berhubung isu semasa yang sering dipaparkan di media,'' katanya.

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan