Rabu, Januari 13, 2010

Istana jumpa rakyat


SEBAHAGIAN daripada lebih 2,000 orang keluar dari Istana Balai Besar selepas majlis taklimat Istana Kelantan mengenai perundangan negeri, semalam.

Siri pertemuan beri penerangan mengenai kemelut institusi diraja Kelantan

KOTA BHARU: Istana Kelantan mula mengadakan siri pertemuan dengan rakyat bagi memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai kemelut membabitkan institusi diraja negeri ini.

Perjumpaan pertama diadakan dengan lebih 2,000 kakitangan kerajaan, termasuk imam serta penghulu di Istana Balai Besar di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Majlis itu bermula dengan taklimat yang disampaikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias serta Exco kerajaan negeri.

Taklimat yang berakhir kira-kira jam 4 petang itu, turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi.

Dalam ucapannya, Abdul Halim mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak bercakap hal berkaitan istana di kedai kopi tanpa memahami secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

ORANG ramai yang hadir pada majlis taklimat Istana Kelantan mengenai perundangan negeri terpaksa berdiri di luar Istana Balai Besar akibat tidak cukup tempat, semalam.

Beliau berkata, pemahaman undang-undang itu penting bagi membolehkan rakyat memahami keadaan semasa dalam institusi diraja, sekali gus mengelak salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian yang selama ini aman di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

"Tidak elok bercakap mengenai istana di kedai kopi. Jangan cakap sebarangan untuk mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan mencari populariti secara menyinggung perasaan orang lain.

"Pemerintahan Kesultanan Kelantan sudah melalui beberapa proses pemodenan dan antara yang terpenting ialah kewujudan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang membuktikan kesedaran undang-undang dan peraturan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta pemerintahan.

"Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini," katanya.

ABDUL Halim menyampaikan taklimat bagi pihak istana kepada kakitangan kerajaan yang hadir di Istana Balai Besar dekat Kota Bharu, semalam.

Minggu lalu, Abdul Halim dalam kenyataannya menjelaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak memberi sebarang kuasa kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri seperti kuasa dimiliki Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Kenyataan itu, sekali gus menafikan peranan Tengku Temenggong yang mendakwa mendapat perkenan Sultan Kelantan untuk bertindak bagi pihak baginda yang menjalani rawatan di Singapura.

Tahun lalu, Tengku Temenggong turut mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang juga kekanda sulungnya, kerana membatalkan keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri.

Sementara itu, Mohd Aiseri dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan mengenai isu semasa dalam negeri kepada kakitangan kerajaan dari semasa ke semasa.

"Ini bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh unsur yang tidak bertanggungjawab sehingga timbul keadaan tidak diingini di negeri ini.

"Oleh itu, saya meminta kakitangan kerajaan negeri supaya berinteraksi di kalangan mereka secara manfaat dengan menumpukan kepada perkara yang mustahak saja," katanya.

Imam Mukim Kedondong Pasir Mas, Wahid Hassan, 45, yang ditemui selepas majlis itu pula berkata taklimat itu membuka pemikiran rakyat mengenai keadaan sebenar dalam institusi diraja negeri ini.

"Maklumat mengenai keadaan sebenar dalam negeri sekarang akan disampaikan kepada anak mukim," katanya yang menerima jemputan menghadiri taklimat menerusi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Pekerja am, Nazri Yusof, 33, berkata usaha Pejabat Sultan Kelantan mengadakan taklimat itu boleh menjernihkan kembali keadaan di negeri ini.

Beliau yang mendapat arahan daripada ketua jabatan bagi mengikuti taklimat itu, mengakui ramai tidak tahu mengenai perundangan tubuh kerajaan negeri dan penerangan berhubung isu itu sedikit sebanyak dapat memberi mereka gambaran mengenai perkara sebenar.

Tiada ulasan:

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia 2009

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.

Portfolio Menteri Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah
Kementerian Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
Kementerian Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kementerian Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
Kementerian Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Kementerian Perusahaan , Perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Pertanian dan Indistri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita , Keuarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Luar Datuk Anifah Aman A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M. Saravanan